Permulaan hidup aku sebelum di kenali sebagai kakitangan kerajaan
Assalamualaikum w.b.t dan salam perkenalan."Langit tidak selalu cerah",itulah ungkapan untuk menggerak hati aku untuk menulis blog ini walaupun 17 tahun aku meninggalkan alam persekolahan.Namun,entah kenapa masih berbekas dalam ingatan.Nasib semua orang tidak manis dan sama seperti aku lalui.Aku mula ambil Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) tahun 2006 sebagai peperiksaan pertama.
Perjalanan akademik ni bermula lepas habis je tingkatan lima dan lalui proses terbesar yang di alami oleh pelajar-pelajar sekolah.Aku hanya seorang pelajar aliran sains tulen di sebuah sekolah kerajaan penuh jenis sekolah asrama harian.Sebelum aku mohon ke aliran sains tulen,aku pernah di tawarkan untuk ikuti beberapa bidang pengajian yang berbeza tempat.Antaranya,
- Sekolah Menengah Teknik - menawarkan pelbagai aliran kejuruteraan.
- Sekolah Maktab Tentera - menawarkan pelbagai aliran akademik dan akan berkhidmat sebagai pegawai kadet tentera muda selepas berjaya tamat pengajian pada umur 17 tahun.
- Sekolah Menengah Tinggi - menawarkan aku dalam bidang pengajian sastera dalam perakaunan komputer selepas tamat menengah rendah.
Daripada ketiga-tiga pilihan yang ada,aku memilih untuk pindah ke sekolah asrama harian di sebabkan bukti minat dalam bidang sains dan perubatan serta cita-cita tidak berbelah-bahagi kepada ibubapa.Aku di beri peluang dengan menduduki aliran sains tulen.Namun begitu,keputusan yang diperolehi tidak cemerlang seperti aku jangkakan.
Dengan peluang yang tipis,aku tetap pendirian memperbaiki keputusan aku secara menyeluruh dan beransur-ansur sebelum berjaya menyambung pengajian.Aku diberi pilihan untuk mengikuti beberapa bidang pengajian walaupun agak terlambat berbanding dengan rakan-rakan sebaya aku,antaranya:
- Sekolah Menengah Tinggi - menawarkan aku dalam bidang pengajian sains atau kemanusiaan.
- Politeknik - menawarkan bidang pengajian kejuruteraan bertaraf sijil kejuruteraan
- Pra-Diploma UitM - menawarkan aku dalam bidang pengajian sastera sebagai kursus persediaan untuk tempoh 1 tahun sebelum melangkah ke peringkat diploma di UitM.
- Institut Kemahiran Malaysia - menawarkan bidang kemahiran ke peringkat sijil kejuruteraan.
- Kolej Komuniti Malaysia - menawarkan bidang kemahiran ke peringkat sijil kejuruteraan.
- Kolej swasta - menawarkan pelbagai bidang pengajian iaitu sijil atau diploma dengan bayaran tertentu.
Daripada peluang-peluang yang ada,aku menceburi pengajian ke sekolah menengah tinggi iaitu ke tingkatan enam dan menduduki sijil tinggi persekolahan malaysia pada tahun 2008.Namun begitu,keputusan diperolehi aku tetap tidak memuaskan dan aku bekerja sementara selepas tamat persekolahan di tingkatan enam atas walaupun ibubapa aku melarang dan tentang aku untuk bekerja.Maklum lah,ibubapa aku berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan persekutuan dan pegawai suruhanjaya negara ketika itu.Jauh di sudut hati,ingin aku menyambung pengajian tetapi tidak mahu menyusahkan ibubapa untuk menampung perbelanjaan aku sepanjang tempoh pengajian di kolej atau institusi pengajian tinggi awam.
Masa berganti usia,akhirnya,aku memohon pekerjaan untuk menawarkan diri bekerja dalam sektor perkhidmatan kerajaan dengan pencapaian akademik yang aku genggam dan atas nasihat ibubapa sebagai jalan untuk melihat masa depan lebih menjamin rezeki.Alhamdulillah,akhirnya aku berjaya di temuduga,mengikuti kursus pra-perkhidmatan bertaraf sijil dan menempatkan kerjaya di sebuah institut kerajaan sebelum di beri jawatan dalam kerajaan persekutuan.Walaupun banyak halangan aku lalui sebelum proses menjadi penjawat awam,setelah tamat majlis konvokesyen,aku ditempatkan di sebuah pejabat kerajaan dan menjadikan aku penjawat awam dalam sektor perubatan dan kesihatan sehingga kini.Syukur kepada tuhan ke hadrat illahi Allah s.w.t dan junjungan Nabi Muhammad s.a.w,keluarga baginda serta sahabat baginda seluruhnya yang menjadikan rezeki-rezeki hidup aku ini lebih baik serta bahagia di dunia terutama di samping keluarga dan amalan-amalan yang akan di bawa ke akhirat.
Comments
Post a Comment